Showing posts with label MONOLOG BELIA. Show all posts
Showing posts with label MONOLOG BELIA. Show all posts
CD Pegawai Belia

KONSEP 3K (KEMAHIRAN,KEPIMPINAN & KEUSAHAWAN)

Assalamualaikun dan salam sejahtera serta salam perpaduan.Terlebih dahulu saya minta maaf kerana dah lama tak update blog saya ni.Maklumlah tahun ni sangat mencabar dengan pelbagai program dan aktiviti baru khususnya program di bawah pre (program rangsangan ekonomi).Alhamdulillah bagi daerah Pontian kesemua program fasa 1 telah berjaya dilaksanakan.Ada masa dan ketika,saya akan highlight,program-program yang saya dah jalankan.


Tentu saudara-saudari penah dengar konsep 3k di bawah Kementerian Belia dan Sukan.3k ini adalah elemen penting iaitu kemahiran,kepimpinan dan keusahawanan.Di bawah 3k ini ada program-program tersendiri.Antaranya bagi elemen kemahiran (program lsb perantis belia),elemen kepimpinan (y2y komuniti belia) dan elemen keusahawanan (skim tabung ekonomi belia).Itu antara contoh-contoh program di bawah 3k ini.



Sebenarnya jika dilihat ketiga-tiga elemen ini ada pada diri kita.Jika salah satu antara elemen ini dapat dikuasai oleh kita sudah memadai untuk kehidupan seharian jika digunakan secara total dengan syarat ke arah kebaikan.Jadi saya mengingatkan diri sendiri dan para remaja khususnya gunakanlah konsep 3k ini dalam apa jua bidang yang kita ceburi kerana ianya berkait rapat.Saya paling gemar elemen keusahawanan namun tak bermakna elemen kemahiran dan kepimpinan tidak penting malahan 3k ini adalah konsep yang saling berkaitan.Contoh,jika anda ingin berniaga sesuatu,anda mesti ada kemahiran dan jika punyai syarikat anda mesti ada ilmu kepimpinan untuk mendorong staf-staf dalam pekerjaan.Konklusinya terbukti 3k ini adalah konsep yang saling berkaitan.




Gambar atas adalah logo Majlis Belia Daerah Pontian.Saja je letakkan...

Oklah saudara-saudari.Esok ada pelancaran rakan muda felda prkt kebangsaan.Jika ada kesenggangan jemput datang ke Felda Pemanis 1 Segamat.Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.Permirsa dan jumpa lagi di lain waktu dan ketika.Beza bicara terapi minda.1 Belia 1 Malaysia.











Baca keseluruhan artikel...

CD Pegawai Belia

Putri-putriku tercinta

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saudara-saudari sekalian.Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan seorang putri juga anak kedua saya Siti Nur Awani tercinta pada 18 Janauari 2009 (Ahad) jam 1.00tgh.Di sini saya mengambil kesempatan kepada bakal-bakal ayah dan ibu agar menitikberatkan faktor keselamatan isteri anda yang sedang mengandung.Mungkin berguna juga khususnya sahabat saya zool ligakampung.

p/s:Cecepat kawin bro sekiranya beliau berkahwin kelak :amin) dan menghadapi situasi isteri yang sarat untuk melahirkan anak maka saya suka berkongsi tip-tip kepada anda sekalian.(ini berdasarkan pengalaman saya sahaja).


1. Tanda paling asas ialah apabila kerap baby dalam perut menendang-nendang (aktif ) hingga menyebabkan isteri saya kerapkali membuang air kecil.
2. Semasa isteri saya mengandungkan anak sulung saya,malam sebelum isteri saya bersalin beliau begitu manja dengan saya dan kerap minta halalkan makan-minum (spontan tu).
3. Isteri anda akan meminta sesuatu yang paling disukai untuk makanan dan minuman.Alasannya lepas ni dah pantang 40hari tak boleh makan dan minum sedap-sedap (ntah atau tidak faktor ini, bolos saja fikiran itu) - zizan bolos rajalawak nyer ayat saya ubah ckit.Biasanya seminggu sebelum bersalin.
4. Selalu ajak berjalan dan pegi window shopping walaupun perut dah memboyot (alasannya lepas ni dah takleh pegi shopping 40 hari).Jangan tak percaya ini pengalaman saya!
5. Tanda paling besar ialah air ketuban pecah menandakan waktu paling serius untuk anda segera bawa isteri anda ke dewan bersalin dengan segera (biasanya dah terbuka 6cm di bahagian ehem ehem tersebut)


p/s:Takkan tak tau kot.

Jika anda telah bawa isteri anda ke dewan bersalin hospital/klinik sebelum itu jangan lupa bawa buku kesihatan rekod bayi bewarna merah,surat GL (jika anda kakitangan kerajaan) untuk kelayakan kelas wad dan lain-lain peralatan selepas isteri anda bersalin (termos,baju baby,lampin etc yang difikirkan perlu).Dan yang paling penting minta isteri anda meminta maaf (situasi macam Hariraya pertama le) doakan selamat bakal anak dan isteri kucup ubun-ubun bini selawat 3 kali.Halalkan makan-minum isteri anda.Insya Allah selamat dengan izin-NYA.

Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda isteri dah dekat waktu bersalin.Mungkin saudara-saudari lebih arif (yang dah berkahwin dan punyai anak pasti tahu).


Gambar : Putri-putriku tercinta (tgh dok bersila yang sulung Siti Nur Awadah) happy tul dapat adik yea.Nak adik lelaki heh tanya ibu heh heh..).Tengah tido tu anak kedua saya Siti Nur Awani (mesti tengok asrto awani agaknya letak le name tuh).Thankz kepada wife saya...pegang buku asb banyak dapat hadiah dr husband ke? Biasa le kena pau.Ahak ahak...

Cuma suka saya berpesan kepada belia-beliawanis di luar sana , jagalah maruah dan tatasusila kita agar tidak mendatangkan aib kepada keluarga kita.Pergaulan bebas yang tak terkawal akhirnya bila dah memboyot langkah yang mudah diambil menggugurkan kandungan buang anak tepi longkang.Haiwan pun tak buat macam tu! Marah betul saya baca berita mengenai kes ini.Saudara-Saudari tentu begitu juga. Ok.Permirsa.Moga bertemu di lain waktu dan ketika.Beza bicara terapi minda.Moga bergembira bersama keluarga tercinta tanpa mereka siapalah kita.


Baca keseluruhan artikel...

CD Pegawai Belia

KELUARGA BAHAGIAKU

Assalamualaikum w.b.t.Fuh,penat betul jadi panel hakim Anugerah Desa Cemerlang Parlimen Pontian.Besok 2 buah kampung lagi dalam parlimen Pontian akan dinilai kerana saya diamanahkan mengadili dari aspek kepimpinan.Dapat la hari ni,cilok masa tulis blog dan topik pada hari ini ialah tentang keluarga saya.Maklumlah saje je,nak bagi zool liga kampung baca biar copek sikit dia bernikah.tak gitu bro?He he...

Gambar : dari kiri saya,anak sulung saya Siti Nur Awadah dan isteriku tercinta Siti Nurhana (sedang mengandung anak ke-2 tu) due date bulan Jan 2009.Alhamdulillah...




Jadi kepada anda di luar sana yang masih terkesima dengan keindahan dunia tanpa arah tujuan khusus pada para belia fikir-fikirkan sampai bila kita hendak hanyut dalam dunia ciptaan sendiri.Pasti saya mendoakan keinsafan semoga Allah memberi hidayah dan taufik untuk kita menjadi manusia sesuai dengan tuntutan fitrah iaitu memiliki keluarga dan waris yang dapat mendoakan kesejahteraan kita di alam baqa.Kepada belia-belia yang sedang hangat bercinta,ingatlah batas-batas pergaulan.Cukup duit,bertunang jangan lelama,nikah je terus.Banyak pahala kalau berkahwin ni.Antaranya amalan kita diangkat 70 ganda tuan-tuan dan puan-puan dirahmati Allah sekalian.Sampai di sini coretan dan perkongsian pengalaman saya saudara-saudari sekalian.Minggu depan seminggu saya tiada di Malaysia kerana terlibat dengan program lawatan rasmi bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah Belia ke Institut Pertanian Bogor dan pertukaran budaya.Semoga ketemu lagi dan permirsa luahan rasa beza bicara terapi minda.


Baca keseluruhan artikel...

CD Pegawai Belia

Semangat Belia -Arah positif atau negatif?

Bismillahirahmanirrahim.Assalamualaikum W.B.T kepada anda semua.Semoga ceria di samping keluarga dan teman tercinta (peh...macam pakar motivasi lak).Hari ini,suka saya membicarakan topik di atas untuk kita kongsi minda yang berbeza dari segi perspektif belia itu sendiri yang kita tahu sememangnya bersemangat terhadap semua perkara.Baik perkara negatif mahupun positif,belia kita di Malaysia adalah juara terhadap semua perkara sehingga dikatakan pada PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu,belialah penyebabnya kepada perubahan suasana politik semasa.Belia kita berhati waja,bersemangat kental,berwibawa dan berkarisma tetapi adakah sifat-sifat mahmudah ini dapat dikekalkan setiap masa dalam diri kita sendiri.Benarkah belia-belia kita mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan di atas?Jawapannya Ya! saudara-saudari cuma cara semangat ini disalurkan sama ada ia menuju kepada perbuatan atau tatasusila yang baik atau buruk.

Benar,lihatlah belia kita merempit siang malam,pagi petang.Masing-masing menunjukkan skill dan jagoan di atas jalanraya tanpa mempedulikan nyawa dan usia muda akhirnya yang malang matilah katak di atas jalanraya tanpa sempat berbakti kepada ibubapa.Lihatlah belia kita(termasuk juga adik-adik yang masih bersekolah 7 hingga 17 tahun) sudah pandai membuli,peras ugut,terlibat dengan kongsi gelap dan menagih dadah dalam umur yang tidak kita percayai langsung. Merujuk kepada sumber daripada Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) pada tahun 2006,jumlah terkumpul penagih dadah belia di Malaysia bagi tempoh 1988-2005 adalah seramai 254,020 belia terbabit merangkumi 2 jantina dan 3 kaum majmuk di negara kita.Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk belia pada tahun 2005,sebanyak 2.3% belia dikenalpasti terlibat dengan dadah daripada jumlah keseluruhan statistik belia pada tahun 2005 iaitu 11.10 juta(42.5%)-sumber dr : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM).

Saudara-saudari tentu tidak menyangka belia kita jagoan dalam penagihan dadah,belum lagi dipertontonkan kepada anda statistik gejala sosial yang lain.Bukan niat saya untuk mendedahkan keburukan belia kita tetapi hasrat saya adalah untuk menyeru anda semua di luar sana supaya membantu bukan saja pihak Kementerian Belia dan Sukan tetapi juga Kementerian serta Jabatan yang terbabit supaya angka-angka dan data-data statistik gejala sosial ini dapat kita turunkan secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama anda sebagai anggota masyarakat prihatin dan penyayang.Semangat belia tidakkan pudar selagi ia masih muda dan belum berusia tua.Sepatutnya semangat yang meluap-luap ini disalurkan kepada perkara atau aktiviti/program yang membina minda dan berguna untuk masyarakat dan negara.Benar,bangsa kita masih muda,tetapi aku tak peduli itu semua asalkan negaraku tidak terjajah selamanya.(kata-kata ini sering dilaungkan belia-belia gerila Force 136).

Gambar : Kursus Asas J.Robik di Hotel Seri Malaysia Mersing

Akhir kata,sebelum saya akhiri monolog ini(kalau istilah sastera dipanggil luahan minda),suka saya memaparkan petikan ucapan Y.A.B Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah (sempena Majlis Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur pada 14 Jun 2007) untuk renungan kita bersama : "Setelah lama kita merdeka,kita harus merenung masa depan kita serta memiliki impian danaspirasi yang mungkin dilihat sebagai tidak boleh dicapai pada hari ini tetapi dapat digapai oleh generasi kita selepas 100 tahun.Sekiranya wawasan 2020 mengenalpasti 9 cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu,demokratik,beretika,toleransi,saintifik dan makmur,2057 pula adalah mengenai usaha untuk kecemerlangan.Jika 2020 merupakan asas negara maju,2057 ialah mengenai apa yang "menjadikan diri kita unggul" dalam semua bidang.Sekiranya wawasan 2020 adalah mengenai jenis orang kita akan menjadi,2057 adalah mengenai puncak kecemerlangan yang orang kita harus miliki."
"Belia Bina Bangsa,Belia Wawasan,Belia Malaysia."Amin ya Rabbal Alamin.



Baca keseluruhan artikel...

CD Pegawai Belia

MENABUNG USIA MUDA-PERLUKAH?

ASSALMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN.AKHIRNYA BARU HARI NI SAYA BERKELAPANGAN UTK MELUAHKAN PENDAPAT DAN SARANAN DAN TOPIK INI MUNGKIN BYK KALI KITA DENGAR TETAPI KETAHUILAH TOPIK INI YG BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA (BUKAN ROTI KAYA ATAU SAHABAT SAYA DR SARAWAK KAYA BIN RAJU)TETAPI KAYA ATAU BAHASA PENJAJAHNYA RICH.SMLM SAYA MELIHAT PEJ.SAYA TERLALU SEMAK SAKIT BETUL MATA MEMANDANG DAN ATAS NASIHAT PEN.PEG SAYA HALIM (NAMA GLAMERNYA AH SENG)UTK GUNAKAN SUKARELAWAN RAKAN MUDA BUAT GOTONG-ROYONG.KERUK PUNYE KERUK EH...BYK LAGI TABUNGAN PEJABAT.BANGGALAH JUGA ATAS INISIATIF SENDIRI TERBANG LE JUGAK RM 200.00.TU TAK TERMASUK KALAU SUKARELAWAN NI NAK GI KURSUS TP TARAK SEN.SAYA LER KENE PAU.TP UTK PEMBANGUNAN BELIA SAYA TAK KISAH ASALKAN MEREKA MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM N AKTIVITI YG SEMAKIN MELAMBAK.FUH...

KENE PULAK DAH ADA RUMAH DAN TANGGA SEORG BINI (STAKAT INI-JGN MARAH AYANG GURAU JE) DAN SEORG CAHAYAMATAKU WAWA YG COMEL LAGILAH MEMERLUKAN TABUNGAN UTK KEGUNAAN HARIAN DAN MASA DEPAN.JGN TERKEZUT BILA SAYA KATAKAN JIKA ANDA SUDAH BERKAHWIN,ANDALAH MANUSIA YG PALING MUDAH MENABUNG.TAK PERCAYA,KAHWIN LER CECEPAT ZOOL LIGA KAMPUNG.KEH KEH.KO NAK HADIAH BESAR GAJAH PUN AKU BG NANTI.OPSS!TERBABAS LAK.JD DI MASA MUDA INILAH SAUDARA-SAUDARI PERLU MENABUNG DAN SY SENDIRI JD PELIK KRN SAYA BYK MEWUJUDKAN TABUNG YG PELIK-PELIK DAN DIASING-ASINGKAN.ANTARANYA,TABUNG HARI RAYA,TABUNG HIBURAN,TABUNG BULAN MADU,TABUNG ANAK,TABUNG KERETA DAN TABUNG IBUBAPA DAN MERTUA.PELIKKAN SEMUANYA 6 TABUNG SY WUJUDKAN STAKAT NI.

JADI SEBAGAI MEMBANTU SEDARA-SEDARI YG DIKASIHI SEKALIAN SY BG SATU PETUA YG TELAH SY AMALKAN MULAI TAHUN 2002 UTK MENABUNG YG MUDAH.HANYA DGN RM1.00 DIGANDAKAN NILAI ASALNYA SETIAP BULAN-TARGET PERMULAAN 12 BULAN (SETAHUN) ANDA BOLEH MENYIMPAN RM 4,095.00 SETAHUN.TAK PERCAYA?LIHAT PERNYATAAN DI BAWAH INI:

JANUARI : RM 1.00 FEB : RM 2.00 MAC : RM 4.00 APRIL : RM 8.00 MEI : RM 16.00
JUN : RM 32.00 JULAI : RM 64.00 OGOS :RM 128.00 SEP : RM 256.00 OKT : RM 512.00
NOV : RM RM 1024.00 DIS : RM 2048.00

CAMPURKAN DAN JUMLAHNYA IALAH RM 4,095.00.MUDAHKAN TETAPI BG YANG BEKERJA LE YG TANAM ANGGUR BOLEH JUGAK TP GUNAKAN FORMULA PERMULAAN YG KECIL RM 0.20 ATAU RM 0.50.SELAMAT MENCUBA DAN SEBELUM SY MENAMATKAN NUKILAN INI KPD ANDA YG SENGGANG PD 3 DAN 4 MEI INI JEMPUT DATANG KE PERTANDINGAN PIDATO PD JAM 8.00 PG DAN PERTANDINGAN NASYID JAM 8.00 MLM PADA 3 MEI DAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PD JAM 8.00 PG PD 4 MEI DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR.

SELAMAT MENABUNG DAN TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI.ZASS.ZZZ...ZZZ...


Baca keseluruhan artikel...

Blogger Templates by Blog Forum