Kisah Pegawai Belia macho

Kerja-kerja Pegawai Belia yang berkarisma dan berdedikasi..

Anda merupakan pengunjung yang ke

Thursday, May 29, 2008

SKIM TABUNG EKONOMI BELIA (STEB)

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.Semoga anda semua bisa menjalani kehidupan seharian dengan tawakal dan sejahtera bersama keluarga tercinta.Pada hari ini,suka saya membawa topik STEB atas permintaan sahabat saya zul ligakampung yang semakin berkobar- kobar hendak memulakan bisnes cacingnya.Nah, ini caranya yang paling mudah dan murah berbanding pinjaman dengan bank kerana peratusan kadar faedah hanya sekitar 4% dan di akhir tahun pinjaman menurun kepada 2%.Terdapat 2 skim yang ditawarkan iaitu :


1. Skim Belia Niaga (SBN)

2. Skim Belia Tani (SBT)


A. Tujuan Skim

Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang
menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang.Kemudahan pembiayaan ini disediakan
bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan.

B. Agensi Pelaksana
Institusi kewangan yang dilantik ialah :-

i. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia(Bank Rakyat) -Skim Belia Niaga

ii. Agro Bank -Skim Belia Tani


C. Had Pinjaman

Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi kedua-dua skim ialah dari RM 5,000.00 hingga
RM 50,000.00.

D. Kategori Pemohon
Pemohon yang memenuhi salah satu dari 2 kategori berikut sahaja layak untuk mendapat
borang pinjaman :-

1. Kategori 1 (telah berniaga dan mempunyai sijil)

Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil
berkaitan iaitu :-

-Sijil pendaftaran perniagaan (SSM/PKK)

-Sijil kursus keusahawanan/kemahiran

-Diploma/ijazah dalam bidang perniagaan atau berkaitan

-Sijil/diploma dari Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN)


2. Kategori 2(memulakan perniagaan dan mempunyai sijil)

Baru memulakan perniagaan dan telah ada sijil yang berkaitan.Pemohon baru adalah merujuk perkara berikut :-

-Telah ada tapak/asas perniagaan akan dijalankan

-Telah ada pendaftaran perniagaan kurang dr 6 bulan

-Ada dokumen perjanjian sewa tapak(jika berkaitan)

-Ada sijil berkaitan

E. Kadar Bayaran Perkhidmatan

-Hanya 4 % di atas baki pinjaman

F. Syarat-Syarat pinjaman

-Warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun sahaja

-Permohonan pinjaman secara individu dan menjalankan perniagaan sepenuh masa

-Seorang sj antara suami atau isteri layak mohon pinjaman

-Setiap peminjam bebas dr tindakan undang-undang

-Lulusan IKBN/IKTBN diberi keutamaan memohon pinjaman memulakan perniagaan

-Hanya satu pinjaman SBN/SBT sj dibenarkan pd satu masa


F. Syarat-Syarat Penjamin

1. Pinjaman RM5,000 - RM15,000. (Tiada penjamin)

-Peminjam menjamin diri-sendiri dan akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkarbayar balik pinjaman.


2. Pinjaman RM15,001 - RM 50,000(Satu org penjamin shj)

-Peminjam digalakkan dikalangan famili

-Penjamin ada pendapatan tetap kasar(termasuk elaun-elaun tetap)tidak kurang RM800sebulan.

-Penjamin terdiri drpd anggota kerajaan/swasta

-Penjamin yg bekerja di sykt yang sama dgn pemohon tidak layak jd penjamin.


3. Syarat Khas

-Semua pegawai dan anggota Kementerian Belia dan Sukan tidak layak jd penjamin.


4. Had menjamin

-Seseorang layak jd penjamin tidak boleh menjamin lebih dr satu org peminjam dalam satu

masa.


G. Permohonan untuk mendapatkan pinjaman


- Pemohon hendaklah guna borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yg dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.

-Setiap permohonan hendaklah disertakan 5 salinan kertas kerja dan dimajukan ke Pej.Belia dan Sukan Daerah untuk :-

1. Semakan kertas kerja/dokumen.

2.Mengeluarkan Surat Akuan terima borang permohonan dan membuat pengesahan(cop dan tandatangan) utk borang lengkap manakala borang tidak lengkap akan dikeluarkan surat makluman dokumen permohonan tidak lengkap.

3. Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institiusi kewangan yang dilantik manakala 3 salinan permohonan diserahkan kepada Pej.Belia dan Sukan Daerah.1 salinan untuk simpanan pemohon dan 2 salinan untuk tindakan Peg.Belia dan Sukan Daerah.

Sekiranya anda masih tidak faham dan keliru sila hadir sendiri ke Pej.Belia dan Sukan Daerah atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk keterangan lanjut.Rebutlah peluang dan ruang ini wahai belia-belia sekalian sementara stok masih ada.Oklah,permirsa bertemu di lain masa beza bicara."Belia Cemerlang Negara Terbilang".


Gambar : Karnival Kecergasan Daerah Pontian 2007-Acara senamrobik


Gambar : Dimajlis penutup Bengkel Pengurusan Organisasi prkt daerah Mersing dan Pontian 2007 (dr kiri :Saya,Nizam (YPB MBD Mersing) ,Pn.Wasitah (mantan Pengarah JBS.Johor skrg TKP Rakan Muda KBS.Malaysia dan Imran (Peg.Belia Mersing).



Saturday, May 24, 2008

LAWATAN BELIA KE DENPASAR (BALI)

Assalamualaikum W.B.T.Syukur kepada Allah S.W.T dalam kesibukan saya bekerja, hari ini dapat lah kiranya saya berkongsi pengalaman saya sempena lawatan belia ke Bali pada 6-8 Mei yang lalu sepertimana yang telah saya janjikan dalam post sebelumnya.Sebenarnya,ini adalah kali pertama saya ke Bali dengan tujuan meluaskan pengalaman dan mencari pengalaman berbeza khususnya dari segi sosio-budaya,politik,ekonomi dan agama.Pada trip lawatan ini,saya hanya melawat bersama-sama En.Radin Ismail (Timbalan Pengarah Belia),Encik Shamsuddzukha (Peg.Belia Daerah Kota Tinggi) dan Encik Imran (Peg Belia Daerah Mersing).Walaupun bilangan yang melawat hanya 4 orang tapi sungguh meriah sekali pak!Mana tidaknya pergi 1 beg balik ke Malaysia bawak sampai 3/4 beg shopping.Rabak jugalah RM 2,000.00(lebih kurang 4.3 juta ruppiah).He He merasa jugak jadi jutawan tapi ruppiah ler.

Kad di atas adalah simbolik sekiranya anda memasuki tempat suci di kuil Tampaksiring gintamani,Bali.Ia diberikan kepada anda setelah anda bergambar di sana dengan bayaran Rp20000(lebih kurang RM4.00 duit kita).Masyarakat di sini kebanyakannya menganut Hindu Kuno.Hanya lebih kurang 20% dari penduduk Bali beragama Islam.Namun banyak sekali penduduk Islam di sini mengusahakan restoran jadi tiada masalah sekiranya anda ingin mencari makanan halal.Rata-rata penduduk di sini terlibat dalan agro pelancongan dengan mengusahakan resort dan menjual peralatan sukan yang popular di kalangan pelancong asing khasnya dari Australia iaitu luncur air.Perbandingan taraf kehidupan di sini dengan kota Jakarta ialah 6 kali lebih mahal dari harga beras di Jakarta.Memang mahal kerana di Pulau Bali telah
diwarta sebagai Pusat Pelancongan bertaraf internasional.

Gambar : Sewaktu saya berada di kuil Gintamani dimana pelawat hendaklah memakai kain batik,selimpang dan tengkolok sebagai syarat memasuki tempat ini.(lepas tu kene lak pau Rp20000.hampeh tul)
Gambar : Dari kiri En.Duha - Wak Jawa(Peg .Belia Kota Tinggi,Saya,En.Imran(Peg Belia Mersing)-Mat Pisang dan En Radin -Juragan(Bos Timbalan Pengarah Belia).He he poyo memasing pakai pelikat cam nak main wayang kulit je.Di belakang ialah bekas bangunan kediaman sanggah Presiden Sukarno bekas presiden indonesia.


Jadi,apa tunggu lagi.Air Asia dah murah Mas dah murah.Marilah bercuti untuk pengalaman hidup berbeza dan merelease tension.Bak kata pepatah,"Jauh berjalan luas pengalaman,sediakan poket sebelum hujan".Tang tu saya tambah.Selamat Bercuti dan berehat sambil membawa anak dan keluarga sempena cuti sekolah.Kepada belia-belia Pontian yang berminat jangan lupa mendaftar mengikuti kursus kepimpinan belia belum bepersatuan pada 30 Mei - 1 Jun 2008 di adakan di Kem Tiram Indah J.Bahru.Hanya 40 org sahaja kuota.First Come First Serve.Hubungi Pej Belia dan Sukan Pontian di talian : 07-6871535(o) 076873593 (faks).

Moga berjumpa lagi di lain masa beza bicara dan permirsa pamit dahuluan pak.Bye bye.

Wednesday, May 14, 2008

AKTA PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.Maaf,kepada anda semua kerana kebelakangan ini aya begitu sibuk dengan komitmen tugas kerana pada 23-25hb Mei ini,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan mengadakan Program IKBN Bersama Rakyat di Daerah Pontian dan saya diberi amanah dari segi penyertaan belia di kalangan persatuan yang akan diadakan di Dewan Tunku Ismail Pekan Nanas Pontian.Begitulah jadi Pegawai Belia,busy memanjang sampai tulis blog sendiri pun tak sempat.Maklumlah minggu lepas saya mengikuti lawatan belia ke Denpasar(Bali) Indonesia.Insya Allah saya akan menceritakan pengalaman saya disana kelak.Pada kesempatan ini,suka saya memaparkan mengenai Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007 yang telah dikuatkuasakan mulai tahun 2008.Anda boleh melayari laman web www.kbs.gov.my diportal www.roy.kbs.gov.my untuk keterangan dan informasi lebih lanjut.Secara ringkas akta ini dikuatkuasa dengan tujuan :-

1. Memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berusia 15-40 tahun menerajui persatuan dan menjawat kepegawaian dalam pesatuan.(pengerusi,setiausaha...etc)

2. Pihak KBS akan menjadi badan pendaftar melalui Pej.Belia dan Sukan Daerah dan berdaftar di bawah Pej.Pesuruhjaya Belia dan tidak lagi di bawah ROS (Pej.Pendaftar Pertubuhan Negeri).

3. Majlis Belia Malaysia(MBM) bertindak sebagai badan induk dan KBS mengawal selia melalui Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia dengan menguatkuasa undang-undang dan perlembagaan.

Mulai tahun 2008,semua persatuan belia di negara ini diberi peluang dalam tempoh setahun untuk mengadakan mesyuarat Agong bagi melantik kepimpinan baru dan mereka mestilah berusia 15-40 tahun sahaja dengan kata lain bermaksud ahli-ahli bersekutu.Namun kepada ahli persatuan yang melebihi had umur hanya boleh bertindak sebagai penaung atau penasihat persataun sahaja dan tidak boleh mengundi dan diundi dalam Mesyuarat agong bagi memegang jawatan Kepegawaian dalam persatuan.Jika ini berlaku dan saya menyeru khasnya kepada Pengerusi persatuan yang masih belum mengadakan peralihan kuasa dan kepimpinan khususnya di daerah Pontian agar dapat melaksanakan secepat mungkin kerana mengikut akta anda boleh didakwa di mahkamah dengan hukuman iaitu denda RM3,000.00 atau penjara 3
bulan atau kedua-duanya sekali.

Pada 4 Mei 2008 yang lepas,saya berkesempatan menghadiri jemputan dan menyampaikan ucapan aluan dan syabas saya ucapkan kepada Pengerusi Persatuan Gerakan Belia Bersepadu Daerah Pontian yang mengambil inisiatif mengadakan Mesyuarat Agong yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato.Hj Jeffridin bin Atan,Setiausaha Peribadi Kpd Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian.Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi agar persatuan lain mengadakan Mesyuarat Agong secepat mungkin kepada mereka yang telah melepasi usia 40 tahun ke atas berilah laluan kepada ahli-ahli persatuan yang sesuai dan difikirkan layak agar belia kita menjadi belia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Selamat menyambut Hari Belia pada 15 Mei 2008 dengan tema "Belia Cemerlang Negara Terbilang".

Gambar dari kiri : Tok Mahsuri (Ketua Kg.Mukim 10 Prt 1 Sanglang,Saya (Alsidi bin Mohamad)Peg Belia dan Sukan Daerah Pontian,Dato'Hj Jeffridin bin Atan(Setiauusaha Peribadi Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia) dan En.Isa (Pengerusi Persatuan GBBP Pontian).

Gambar : Ketika menyampaikan ucapan aluan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong GBBP Pontian.

Sampai ketemu lagi di lain bicara luahan rasa dan permirsa.Sampai ketahuan jangan tak ambil tahu para belia sekalian bangkitlah dari mimpi dan teruskan perjuangan kerajaan.Amin...Hidup Belia Gemilang Negara.Selamat,Aman,Makmur.









Friday, May 2, 2008

Semangat Belia -Arah positif atau negatif?

Bismillahirahmanirrahim.Assalamualaikum W.B.T kepada anda semua.Semoga ceria di samping keluarga dan teman tercinta (peh...macam pakar motivasi lak).Hari ini,suka saya membicarakan topik di atas untuk kita kongsi minda yang berbeza dari segi perspektif belia itu sendiri yang kita tahu sememangnya bersemangat terhadap semua perkara.Baik perkara negatif mahupun positif,belia kita di Malaysia adalah juara terhadap semua perkara sehingga dikatakan pada PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu,belialah penyebabnya kepada perubahan suasana politik semasa.Belia kita berhati waja,bersemangat kental,berwibawa dan berkarisma tetapi adakah sifat-sifat mahmudah ini dapat dikekalkan setiap masa dalam diri kita sendiri.Benarkah belia-belia kita mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan di atas?Jawapannya Ya! saudara-saudari cuma cara semangat ini disalurkan sama ada ia menuju kepada perbuatan atau tatasusila yang baik atau buruk.

Benar,lihatlah belia kita merempit siang malam,pagi petang.Masing-masing menunjukkan skill dan jagoan di atas jalanraya tanpa mempedulikan nyawa dan usia muda akhirnya yang malang matilah katak di atas jalanraya tanpa sempat berbakti kepada ibubapa.Lihatlah belia kita(termasuk juga adik-adik yang masih bersekolah 7 hingga 17 tahun) sudah pandai membuli,peras ugut,terlibat dengan kongsi gelap dan menagih dadah dalam umur yang tidak kita percayai langsung. Merujuk kepada sumber daripada Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) pada tahun 2006,jumlah terkumpul penagih dadah belia di Malaysia bagi tempoh 1988-2005 adalah seramai 254,020 belia terbabit merangkumi 2 jantina dan 3 kaum majmuk di negara kita.Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk belia pada tahun 2005,sebanyak 2.3% belia dikenalpasti terlibat dengan dadah daripada jumlah keseluruhan statistik belia pada tahun 2005 iaitu 11.10 juta(42.5%)-sumber dr : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM).

Saudara-saudari tentu tidak menyangka belia kita jagoan dalam penagihan dadah,belum lagi dipertontonkan kepada anda statistik gejala sosial yang lain.Bukan niat saya untuk mendedahkan keburukan belia kita tetapi hasrat saya adalah untuk menyeru anda semua di luar sana supaya membantu bukan saja pihak Kementerian Belia dan Sukan tetapi juga Kementerian serta Jabatan yang terbabit supaya angka-angka dan data-data statistik gejala sosial ini dapat kita turunkan secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama anda sebagai anggota masyarakat prihatin dan penyayang.Semangat belia tidakkan pudar selagi ia masih muda dan belum berusia tua.Sepatutnya semangat yang meluap-luap ini disalurkan kepada perkara atau aktiviti/program yang membina minda dan berguna untuk masyarakat dan negara.Benar,bangsa kita masih muda,tetapi aku tak peduli itu semua asalkan negaraku tidak terjajah selamanya.(kata-kata ini sering dilaungkan belia-belia gerila Force 136).

Gambar : Kursus Asas J.Robik di Hotel Seri Malaysia Mersing

Akhir kata,sebelum saya akhiri monolog ini(kalau istilah sastera dipanggil luahan minda),suka saya memaparkan petikan ucapan Y.A.B Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah (sempena Majlis Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur pada 14 Jun 2007) untuk renungan kita bersama : "Setelah lama kita merdeka,kita harus merenung masa depan kita serta memiliki impian danaspirasi yang mungkin dilihat sebagai tidak boleh dicapai pada hari ini tetapi dapat digapai oleh generasi kita selepas 100 tahun.Sekiranya wawasan 2020 mengenalpasti 9 cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu,demokratik,beretika,toleransi,saintifik dan makmur,2057 pula adalah mengenai usaha untuk kecemerlangan.Jika 2020 merupakan asas negara maju,2057 ialah mengenai apa yang "menjadikan diri kita unggul" dalam semua bidang.Sekiranya wawasan 2020 adalah mengenai jenis orang kita akan menjadi,2057 adalah mengenai puncak kecemerlangan yang orang kita harus miliki."
"Belia Bina Bangsa,Belia Wawasan,Belia Malaysia."Amin ya Rabbal Alamin.


Monday, April 28, 2008

Seminar Kecergasan Eksekutif


Assalamualaikun W.B.T kepada saudara-saudari sekalian.Alhamdulillah,atas sokongan rakan-rakan terutamanya zoolliga kampung dan kpsu(pa),saya akan cuba untuk memberikan serta mengenengahkan informasi mengenai aktiviti/program di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Pada hari ini,suka saya menceritakan tentang program sukan iaitu Seminar Kecergasan Eksekutif.Sebenarnya,seminar ini pernah dihadiri oleh saya 2 tahun yang lepas pada tahun 2006 di Kukup Golf Resort Pontian tetapi pada tahun 2007 saya tidak berpeluang menyertainya.Target atau sasaran umur bagi menyertai seminar ini mestilah mereka yang menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan dengan tujuan memberi:

1. Maklumat asas mengenai asas penjagaan kesihatan dan pemakanan.
2. Memberi kesedaran kepada penjawat awam tentang punca-punca penyakit dan cara
mencegahnya.
3. Melakukan senaman dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk menilai
diri dan tahap kesihatan sama ada mencapai tahap Berat Badan Unggul(BMI)yang
setara dengan ketinggian atau tidak.

Cuma,saya kadangkali berasa pelik,kerana sesetengah penjawat awam yang ditawarkan
untuk menyertai seminar ini menolak tawaran yang diberikan kerana melalui seminar ini juga peserta akan berpeluang mengetahui tahap kesihatannya melalui ujian darah,ujian UKJK dan diberi khidmat kaunseling kesihatan oleh Fasilitator terlatih sama ada dari Jabatan Kesihatan mahupun dari Majlis Sukan Negeri bergantung kepada fasilitator yang dilantik dan semestinya bertauliah.Tidak perlulah kita memaksa diri kita untuk menjaga tahap kesihatan dan menjadi sebagaimana gambar di bawah ini :-





Cukup sekadar kita melakukan senaman 3 kali seminggu malah berjalan 20 minit sehari pun telah memadai bagi kita yang sentiasa sibuk dengan kerja dan keluarga.Oleh itu,kepada penjawat awam yang bermastautin atau yang bertugas di negeri Johor,pada tahun ini saya berasa bertuah dan bangga kerana diberi peluang oleh Pengarah saya untuk menguruskan Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada bulan Jun nanti di daerah Pontian sebagai tuan rumah.Akhir kata,kepada saudara-saudari yang mahukan informasi mengenai program/aktiviti anjuran Pej.Belia dan Sukan Daerah Pontian bolehlah menghubungi talian berikut :
07-6871535 (office)
07-6873593 (faks)