CD Pegawai Belia

KONSEP 3K (KEMAHIRAN,KEPIMPINAN & KEUSAHAWAN)

Assalamualaikun dan salam sejahtera serta salam perpaduan.Terlebih dahulu saya minta maaf kerana dah lama tak update blog saya ni.Maklumlah tahun ni sangat mencabar dengan pelbagai program dan aktiviti baru khususnya program di bawah pre (program rangsangan ekonomi).Alhamdulillah bagi daerah Pontian kesemua program fasa 1 telah berjaya dilaksanakan.Ada masa dan ketika,saya akan highlight,program-program yang saya dah jalankan.


Tentu saudara-saudari penah dengar konsep 3k di bawah Kementerian Belia dan Sukan.3k ini adalah elemen penting iaitu kemahiran,kepimpinan dan keusahawanan.Di bawah 3k ini ada program-program tersendiri.Antaranya bagi elemen kemahiran (program lsb perantis belia),elemen kepimpinan (y2y komuniti belia) dan elemen keusahawanan (skim tabung ekonomi belia).Itu antara contoh-contoh program di bawah 3k ini.



Sebenarnya jika dilihat ketiga-tiga elemen ini ada pada diri kita.Jika salah satu antara elemen ini dapat dikuasai oleh kita sudah memadai untuk kehidupan seharian jika digunakan secara total dengan syarat ke arah kebaikan.Jadi saya mengingatkan diri sendiri dan para remaja khususnya gunakanlah konsep 3k ini dalam apa jua bidang yang kita ceburi kerana ianya berkait rapat.Saya paling gemar elemen keusahawanan namun tak bermakna elemen kemahiran dan kepimpinan tidak penting malahan 3k ini adalah konsep yang saling berkaitan.Contoh,jika anda ingin berniaga sesuatu,anda mesti ada kemahiran dan jika punyai syarikat anda mesti ada ilmu kepimpinan untuk mendorong staf-staf dalam pekerjaan.Konklusinya terbukti 3k ini adalah konsep yang saling berkaitan.




Gambar atas adalah logo Majlis Belia Daerah Pontian.Saja je letakkan...

Oklah saudara-saudari.Esok ada pelancaran rakan muda felda prkt kebangsaan.Jika ada kesenggangan jemput datang ke Felda Pemanis 1 Segamat.Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.Permirsa dan jumpa lagi di lain waktu dan ketika.Beza bicara terapi minda.1 Belia 1 Malaysia.










2 comments:

  1. Sitie BUm BUm says at

    camat pose

  2. CD Pegawai Belia says at

    Sedapnya air tu.Nasib baik bulan ramadan.He he.Salam perkenalan.apa kata highlightkan blog saudari.bleh kita tukar pandangan.trimass.

Blogger Templates by Blog Forum