CD Pegawai Belia

Semangat Belia -Arah positif atau negatif?

Bismillahirahmanirrahim.Assalamualaikum W.B.T kepada anda semua.Semoga ceria di samping keluarga dan teman tercinta (peh...macam pakar motivasi lak).Hari ini,suka saya membicarakan topik di atas untuk kita kongsi minda yang berbeza dari segi perspektif belia itu sendiri yang kita tahu sememangnya bersemangat terhadap semua perkara.Baik perkara negatif mahupun positif,belia kita di Malaysia adalah juara terhadap semua perkara sehingga dikatakan pada PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu,belialah penyebabnya kepada perubahan suasana politik semasa.Belia kita berhati waja,bersemangat kental,berwibawa dan berkarisma tetapi adakah sifat-sifat mahmudah ini dapat dikekalkan setiap masa dalam diri kita sendiri.Benarkah belia-belia kita mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan di atas?Jawapannya Ya! saudara-saudari cuma cara semangat ini disalurkan sama ada ia menuju kepada perbuatan atau tatasusila yang baik atau buruk.

Benar,lihatlah belia kita merempit siang malam,pagi petang.Masing-masing menunjukkan skill dan jagoan di atas jalanraya tanpa mempedulikan nyawa dan usia muda akhirnya yang malang matilah katak di atas jalanraya tanpa sempat berbakti kepada ibubapa.Lihatlah belia kita(termasuk juga adik-adik yang masih bersekolah 7 hingga 17 tahun) sudah pandai membuli,peras ugut,terlibat dengan kongsi gelap dan menagih dadah dalam umur yang tidak kita percayai langsung. Merujuk kepada sumber daripada Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) pada tahun 2006,jumlah terkumpul penagih dadah belia di Malaysia bagi tempoh 1988-2005 adalah seramai 254,020 belia terbabit merangkumi 2 jantina dan 3 kaum majmuk di negara kita.Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk belia pada tahun 2005,sebanyak 2.3% belia dikenalpasti terlibat dengan dadah daripada jumlah keseluruhan statistik belia pada tahun 2005 iaitu 11.10 juta(42.5%)-sumber dr : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM).

Saudara-saudari tentu tidak menyangka belia kita jagoan dalam penagihan dadah,belum lagi dipertontonkan kepada anda statistik gejala sosial yang lain.Bukan niat saya untuk mendedahkan keburukan belia kita tetapi hasrat saya adalah untuk menyeru anda semua di luar sana supaya membantu bukan saja pihak Kementerian Belia dan Sukan tetapi juga Kementerian serta Jabatan yang terbabit supaya angka-angka dan data-data statistik gejala sosial ini dapat kita turunkan secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama anda sebagai anggota masyarakat prihatin dan penyayang.Semangat belia tidakkan pudar selagi ia masih muda dan belum berusia tua.Sepatutnya semangat yang meluap-luap ini disalurkan kepada perkara atau aktiviti/program yang membina minda dan berguna untuk masyarakat dan negara.Benar,bangsa kita masih muda,tetapi aku tak peduli itu semua asalkan negaraku tidak terjajah selamanya.(kata-kata ini sering dilaungkan belia-belia gerila Force 136).

Gambar : Kursus Asas J.Robik di Hotel Seri Malaysia Mersing

Akhir kata,sebelum saya akhiri monolog ini(kalau istilah sastera dipanggil luahan minda),suka saya memaparkan petikan ucapan Y.A.B Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah (sempena Majlis Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur pada 14 Jun 2007) untuk renungan kita bersama : "Setelah lama kita merdeka,kita harus merenung masa depan kita serta memiliki impian danaspirasi yang mungkin dilihat sebagai tidak boleh dicapai pada hari ini tetapi dapat digapai oleh generasi kita selepas 100 tahun.Sekiranya wawasan 2020 mengenalpasti 9 cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu,demokratik,beretika,toleransi,saintifik dan makmur,2057 pula adalah mengenai usaha untuk kecemerlangan.Jika 2020 merupakan asas negara maju,2057 ialah mengenai apa yang "menjadikan diri kita unggul" dalam semua bidang.Sekiranya wawasan 2020 adalah mengenai jenis orang kita akan menjadi,2057 adalah mengenai puncak kecemerlangan yang orang kita harus miliki."
"Belia Bina Bangsa,Belia Wawasan,Belia Malaysia."Amin ya Rabbal Alamin.


5 comments:

  1. Anonymous says at

    Salam....
    Bro takder ker gambar-gambar belia bersih kubur ke,bersih longkang ke,bersih masjid ke, buat kerja2 sosial ker, latihan kat bengkel-bengkel kemahiran ker?Tempek ler...pastu citer programnyer....Buang laa gambar Dave Battista tu...tak tutup aurat....ini boleh sebabkan gejala sosial seperti melihat benda lucah...

  2. Anonymous says at

    Anybody home.hehehehehhe.Can anybody post anything.Zola,promote la lebih sikit blog nie?

  3. CD Pegawai Belia says at

    Mintak maaf kepada pembaca sekalian.Minggu lepas saya mengikuti lawatan belia di Singapore dan Denpasar(Bali).Bulan Mei ni busy betul.Insya Allah,saya akan menulis berkenaan program/aktiviti sedikit mase lagi.t.q

  4. Anonymous says at

    patut le ada masa wat blog... keje suma bagi org lain buat ek..

  5. CD Pegawai Belia says at

    Sedara anonymouse(mcm suka tikus ke).Siapa ekau ni sebonanya.Den mcm konal je.Bg le nama penuh konalkan diri.Sonang nak kontek ke mane tau ada bisnes baik.heh heh

Blogger Templates by Blog Forum