CD Pegawai Belia

Seminar Kecergasan Eksekutif


Assalamualaikun W.B.T kepada saudara-saudari sekalian.Alhamdulillah,atas sokongan rakan-rakan terutamanya zoolliga kampung dan kpsu(pa),saya akan cuba untuk memberikan serta mengenengahkan informasi mengenai aktiviti/program di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Pada hari ini,suka saya menceritakan tentang program sukan iaitu Seminar Kecergasan Eksekutif.Sebenarnya,seminar ini pernah dihadiri oleh saya 2 tahun yang lepas pada tahun 2006 di Kukup Golf Resort Pontian tetapi pada tahun 2007 saya tidak berpeluang menyertainya.Target atau sasaran umur bagi menyertai seminar ini mestilah mereka yang menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan dengan tujuan memberi:

1. Maklumat asas mengenai asas penjagaan kesihatan dan pemakanan.
2. Memberi kesedaran kepada penjawat awam tentang punca-punca penyakit dan cara
mencegahnya.
3. Melakukan senaman dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk menilai
diri dan tahap kesihatan sama ada mencapai tahap Berat Badan Unggul(BMI)yang
setara dengan ketinggian atau tidak.

Cuma,saya kadangkali berasa pelik,kerana sesetengah penjawat awam yang ditawarkan
untuk menyertai seminar ini menolak tawaran yang diberikan kerana melalui seminar ini juga peserta akan berpeluang mengetahui tahap kesihatannya melalui ujian darah,ujian UKJK dan diberi khidmat kaunseling kesihatan oleh Fasilitator terlatih sama ada dari Jabatan Kesihatan mahupun dari Majlis Sukan Negeri bergantung kepada fasilitator yang dilantik dan semestinya bertauliah.Tidak perlulah kita memaksa diri kita untuk menjaga tahap kesihatan dan menjadi sebagaimana gambar di bawah ini :-





Cukup sekadar kita melakukan senaman 3 kali seminggu malah berjalan 20 minit sehari pun telah memadai bagi kita yang sentiasa sibuk dengan kerja dan keluarga.Oleh itu,kepada penjawat awam yang bermastautin atau yang bertugas di negeri Johor,pada tahun ini saya berasa bertuah dan bangga kerana diberi peluang oleh Pengarah saya untuk menguruskan Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada bulan Jun nanti di daerah Pontian sebagai tuan rumah.Akhir kata,kepada saudara-saudari yang mahukan informasi mengenai program/aktiviti anjuran Pej.Belia dan Sukan Daerah Pontian bolehlah menghubungi talian berikut :
07-6871535 (office)
07-6873593 (faks)

4 comments:

  1. Anonymous says at

    Aku pun akui memang BMI aku tak berapa bagus .. 27.. Aku tengah cuba untuk memperbaiki berat badan...
    Tapi memang kekurangan displin untuk melaksanakan..
    buat le kat Melaka baru boleh join...

  2. Anonymous says at

    Camana nak kira BMI?Lupa lak aku...

  3. Anonymous says at

    nak kira BMI ye ..
    camni
    BMI = [ Berat banda anda (kg) ] / [ tinggi (m) x tinggi (m)]

    Nak tau lebih lanjut boleh tengok link ni
    http://sihatsokmo.com/blog/index.php/2-info-kesihatan/calculate-your-body-mass-index-bmi/

  4. CD Pegawai Belia says at

    Akum bro.Biasalah peraturan Akauntan Negara tidak membolehkan aktiviti/program dibuat di luar negeri melainkan dengan kebenaran Pengarah/Pegawai Pengawal.Kalau tak lama dah gua buat program kat Melaka.Jab.Belia Dan Sukan Melaka pun ada gak aktiviti SME.Nanti gua tanye member melaka.

Blogger Templates by Blog Forum