CD Pegawai Belia

AKTA PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.Maaf,kepada anda semua kerana kebelakangan ini aya begitu sibuk dengan komitmen tugas kerana pada 23-25hb Mei ini,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan mengadakan Program IKBN Bersama Rakyat di Daerah Pontian dan saya diberi amanah dari segi penyertaan belia di kalangan persatuan yang akan diadakan di Dewan Tunku Ismail Pekan Nanas Pontian.Begitulah jadi Pegawai Belia,busy memanjang sampai tulis blog sendiri pun tak sempat.Maklumlah minggu lepas saya mengikuti lawatan belia ke Denpasar(Bali) Indonesia.Insya Allah saya akan menceritakan pengalaman saya disana kelak.Pada kesempatan ini,suka saya memaparkan mengenai Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007 yang telah dikuatkuasakan mulai tahun 2008.




Anda boleh melayari laman web www.kbs.gov.my diportal www.roy.kbs.gov.my untuk keterangan dan informasi lebih lanjut.Secara ringkas akta ini dikuatkuasa dengan tujuan :-

1. Memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berusia 15-40 tahun menerajui persatuan dan menjawat kepegawaian dalam pesatuan.(pengerusi,setiausaha...etc)

2. Pihak KBS akan menjadi badan pendaftar melalui Pej.Belia dan Sukan Daerah dan berdaftar di bawah Pej.Pesuruhjaya Belia dan tidak lagi di bawah ROS (Pej.Pendaftar Pertubuhan Negeri).

3. Majlis Belia Malaysia(MBM) bertindak sebagai badan induk dan KBS mengawal selia melalui Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia dengan menguatkuasa undang-undang dan perlembagaan.

Mulai tahun 2008,semua persatuan belia di negara ini diberi peluang dalam tempoh setahun untuk mengadakan mesyuarat Agong bagi melantik kepimpinan baru dan mereka mestilah berusia 15-40 tahun sahaja dengan kata lain bermaksud ahli-ahli bersekutu.Namun kepada ahli persatuan yang melebihi had umur hanya boleh bertindak sebagai penaung atau penasihat persataun sahaja dan tidak boleh mengundi dan diundi dalam Mesyuarat agong bagi memegang jawatan Kepegawaian dalam persatuan.Jika ini berlaku dan saya menyeru khasnya kepada Pengerusi persatuan yang masih belum mengadakan peralihan kuasa dan kepimpinan khususnya di daerah Pontian agar dapat melaksanakan secepat mungkin kerana mengikut akta anda boleh didakwa di mahkamah dengan hukuman iaitu denda RM3,000.00 atau penjara 3
bulan atau kedua-duanya sekali.

Pada 4 Mei 2008 yang lepas,saya berkesempatan menghadiri jemputan dan menyampaikan ucapan aluan dan syabas saya ucapkan kepada Pengerusi Persatuan Gerakan Belia Bersepadu Daerah Pontian yang mengambil inisiatif mengadakan Mesyuarat Agong yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato.Hj Jeffridin bin Atan,Setiausaha Peribadi Kpd Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian.Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi agar persatuan lain mengadakan Mesyuarat Agong secepat mungkin kepada mereka yang telah melepasi usia 40 tahun ke atas berilah laluan kepada ahli-ahli persatuan yang sesuai dan difikirkan layak agar belia kita menjadi belia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Selamat menyambut Hari Belia pada 15 Mei 2008 dengan tema "Belia Cemerlang Negara Terbilang".

Gambar dari kiri : Tok Mahsuri (Ketua Kg.Mukim 10 Prt 1 Sanglang,Saya (Alsidi bin Mohamad)Peg Belia dan Sukan Daerah Pontian,Dato'Hj Jeffridin bin Atan(Setiauusaha Peribadi Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia) dan En.Isa (Pengerusi Persatuan GBBP Pontian).

Gambar : Ketika menyampaikan ucapan aluan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong GBBP Pontian.

Sampai ketemu lagi di lain bicara luahan rasa dan permirsa.Sampai ketahuan jangan tak ambil tahu para belia sekalian bangkitlah dari mimpi dan teruskan perjuangan kerajaan.Amin...Hidup Belia Gemilang Negara.Selamat,Aman,Makmur.

3 comments:

  1. Anonymous says at

    Hm.. kepada pertubuhan belia kenalah ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan..
    Ini bagi memberi peluang kepada belia menonjolkan bakat kepimpinan..

    Zool - Blogger Belia
    http://www.ligakampung.com/blog

  2. CD Pegawai Belia says at

    Terima kasih kepada en zool liga kampung yg merupakan pereka kepada blog saya untuk sy memberikan informasi n maklumat serta luahan dlm hal berkaitan belia.Jasamu di kenang bro.Takpe bulan Jun kalau tak dpt cuti hujung minggu aku cuti hari kerja.Bleh lawat member kau punye bangsal ternak cacing.ikan bakar kat umbai best lg ker?

  3. Anonymous says at

    Tq.. lah..
    Tapi apa sangat dengan design ..
    Yang penting isi-isi yang dipaparkan dalam blog ini mampu menjana minda para-para belia mahupun bapak2 belia....
    Tentang lawat bangsal tu boleh diatur...

Blogger Templates by Blog Forum