CD Pegawai Belia

RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT

Assalamualaikum w.b.t.Hampir 6 bulan lamanya saya tidak sempat meluangkan masa menulis blog.Maklum ajela saudara-saudari sekalian,program/aktiviti banyak sangat.Suka saya kongsi pengalaman menguruskan program Rakan Muda Wawasan Desa IPT Peringkat Daerah Pontian yang telahpun selesai dan berjalan dengan jayanya.Ada 3 siri iaiti bersama pihak UTHM(Universiti Tun Hussein Onn Batu Pahat),Uitm Segamat dan UTM Skudai J.Bahru.Terimakasih tak terhingga diucapkan di atas kerjasama Pengarah,Pegawai dan khusus kepada siswa-siswi dihormati sekalian.




Gambar : Duduk dari kiri (barisan tengah) Eddy (Peg.Projek RMWD IPT UTHM Batu Pahat,Tok Imam Kg Sawah Pekan NanasPontian,Saya(Pakai baju bebelang lak),YB En.Tang Nai Soon Adun Pekan Nanas,EnIsa(Pengerusi Persatuan Belia dan tok Ketua kg.
P/S : Zool ligakampung (takde yg berkenan ke? Ha Ha...Cecepat pilih nanti menyesal.


Gambar : Menyampaikan cenderahati kenang-kenangan pd YB En Tang Nai Soon Adun Pekan Nanas (terimakasih atas kesudian YB merasmi program ini)

Dengan kata lain,program ini mirip seperti program baktisiswa di peringkat IPT.Siswa-siswi ditempatkan bersama-sama ibubapa angkat.Saya teringat satu pantun lama lantas saya dedikasikan dalam ucapan aluan saya kepada mereka:

  • Baik -baik pergi berdagang,
  • Jangan lupa membawa peti,
  • Baik-baik di tempat orang,
  • Jangan sombong meninggi diri.

Sekian,sahaja saudara-saudari yang dapat saya kongsikan pengalaman mengurus aktiviti Rakan Muda pada kali ini.Moga ceria dan sihat selalu.Belia cemerlang,negara terbilang.Moga bertemu di lain waktu dan ketika.Permirsa,beza bicara terapi minda.


4 comments:

  1. Anonymous says at

    Lamanya aku tak berkomen kat sini..
    Tahniah kerana kembali menulis...
    Harap2 teruskan kerana banyak lagi info yang boleh disampaikan pada belia...

    p/s :- Gambar tak clear.. camne nak berkenankan nya.. :)

  2. CD Pegawai Belia says at

    Nanti gue besarkan.Kekok betul da lame tak nulis blog.Bulan Nov tinggal satu je lg program.Aduhai.Cabaran.Bln Dis ada 2 lg program.

  3. Anonymous says at

    rajin nyer ko buat program..
    masa kat sekolah tak der lak ko rajin berpersatuan..selalu jer skip..

  4. CD Pegawai Belia says at

    welcome to mr kurie.ntah la bro aku pun tak tau jd rajin lak bepesatuan.biasanya kat sekolah time koku dah cabut dah lompat pagar sekolah.ha ha

Blogger Templates by Blog Forum