CD Pegawai Belia

SKIM TABUNG EKONOMI BELIA (STEB)

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.Semoga anda semua bisa menjalani kehidupan seharian dengan tawakal dan sejahtera bersama keluarga tercinta.Pada hari ini,suka saya membawa topik STEB atas permintaan sahabat saya zul ligakampung yang semakin berkobar- kobar hendak memulakan bisnes cacingnya.Nah, ini caranya yang paling mudah dan murah berbanding pinjaman dengan bank kerana peratusan kadar faedah hanya sekitar 4% dan di akhir tahun pinjaman menurun kepada 2%.Terdapat 2 skim yang ditawarkan iaitu :


1. Skim Belia Niaga (SBN)

2. Skim Belia Tani (SBT)


A. Tujuan Skim

Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang
menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang.Kemudahan pembiayaan ini disediakan
bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan.

B. Agensi Pelaksana
Institusi kewangan yang dilantik ialah :-

i. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia(Bank Rakyat) -Skim Belia Niaga

ii. Agro Bank -Skim Belia Tani


C. Had Pinjaman

Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi kedua-dua skim ialah dari RM 5,000.00 hingga
RM 50,000.00.

D. Kategori Pemohon
Pemohon yang memenuhi salah satu dari 2 kategori berikut sahaja layak untuk mendapat
borang pinjaman :-

1. Kategori 1 (telah berniaga dan mempunyai sijil)

Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil
berkaitan iaitu :-

-Sijil pendaftaran perniagaan (SSM/PKK)

-Sijil kursus keusahawanan/kemahiran

-Diploma/ijazah dalam bidang perniagaan atau berkaitan

-Sijil/diploma dari Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN)


2. Kategori 2(memulakan perniagaan dan mempunyai sijil)

Baru memulakan perniagaan dan telah ada sijil yang berkaitan.Pemohon baru adalah merujuk perkara berikut :-

-Telah ada tapak/asas perniagaan akan dijalankan

-Telah ada pendaftaran perniagaan kurang dr 6 bulan

-Ada dokumen perjanjian sewa tapak(jika berkaitan)

-Ada sijil berkaitan

E. Kadar Bayaran Perkhidmatan

-Hanya 4 % di atas baki pinjaman

F. Syarat-Syarat pinjaman

-Warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun sahaja

-Permohonan pinjaman secara individu dan menjalankan perniagaan sepenuh masa

-Seorang sj antara suami atau isteri layak mohon pinjaman

-Setiap peminjam bebas dr tindakan undang-undang

-Lulusan IKBN/IKTBN diberi keutamaan memohon pinjaman memulakan perniagaan

-Hanya satu pinjaman SBN/SBT sj dibenarkan pd satu masa


F. Syarat-Syarat Penjamin

1. Pinjaman RM5,000 - RM15,000. (Tiada penjamin)

-Peminjam menjamin diri-sendiri dan akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkarbayar balik pinjaman.


2. Pinjaman RM15,001 - RM 50,000(Satu org penjamin shj)

-Peminjam digalakkan dikalangan famili

-Penjamin ada pendapatan tetap kasar(termasuk elaun-elaun tetap)tidak kurang RM800sebulan.

-Penjamin terdiri drpd anggota kerajaan/swasta

-Penjamin yg bekerja di sykt yang sama dgn pemohon tidak layak jd penjamin.


3. Syarat Khas

-Semua pegawai dan anggota Kementerian Belia dan Sukan tidak layak jd penjamin.


4. Had menjamin

-Seseorang layak jd penjamin tidak boleh menjamin lebih dr satu org peminjam dalam satu

masa.


G. Permohonan untuk mendapatkan pinjaman


- Pemohon hendaklah guna borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yg dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.

-Setiap permohonan hendaklah disertakan 5 salinan kertas kerja dan dimajukan ke Pej.Belia dan Sukan Daerah untuk :-

1. Semakan kertas kerja/dokumen.

2.Mengeluarkan Surat Akuan terima borang permohonan dan membuat pengesahan(cop dan tandatangan) utk borang lengkap manakala borang tidak lengkap akan dikeluarkan surat makluman dokumen permohonan tidak lengkap.

3. Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institiusi kewangan yang dilantik manakala 3 salinan permohonan diserahkan kepada Pej.Belia dan Sukan Daerah.1 salinan untuk simpanan pemohon dan 2 salinan untuk tindakan Peg.Belia dan Sukan Daerah.

Sekiranya anda masih tidak faham dan keliru sila hadir sendiri ke Pej.Belia dan Sukan Daerah atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk keterangan lanjut.Rebutlah peluang dan ruang ini wahai belia-belia sekalian sementara stok masih ada.Oklah,permirsa bertemu di lain masa beza bicara."Belia Cemerlang Negara Terbilang".


Gambar : Karnival Kecergasan Daerah Pontian 2007-Acara senamrobik


Gambar : Dimajlis penutup Bengkel Pengurusan Organisasi prkt daerah Mersing dan Pontian 2007 (dr kiri :Saya,Nizam (YPB MBD Mersing) ,Pn.Wasitah (mantan Pengarah JBS.Johor skrg TKP Rakan Muda KBS.Malaysia dan Imran (Peg.Belia Mersing).

1 comments:

  1. infomajlisilmu says at

    salam wbt

    nice web for knowledgee seeker at www.infomajlisilmu.blogspot.com

Blogger Templates by Blog Forum