CD Pegawai Belia

Panduan ringkas mendaftar persatuan belia ROY

Assalamualaikum W.B.T dan salam perpaduan.Maaf,kerana seminggu dua ni,saya agak sibuk menunggu wife saya yang sedang sarat mengandung anak kedua kami.Hanya menunggu ketika.Doakan mudah-mudahan selamat isteri dan bakal anak kedua saya.Amin.Kali ini saya nak menukilkan panduan ringkas mendaftar persatuan di bawah akta ROY Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Berikut ialah panduannya:-

1.Ahli-ahli persatuan dan kepimpinan tertinggi hendaklah berusia 40 tahun ke bawah.


2.Rujuk web kbs.gov.my di bawah portal roy.Anda boleh download borang dan mengisi secara terus di laman tersebut.


3.Borang pendaftaran diisi 2 salinan dan pada 1 salinan sahaja borang pada helaian terakhir hendaklah disertakan setem pos biasa rm30.00 sahaja.(bukan setem hasil yea)


4.Korum tubuhkan persatuan minimum 7 org sahaja.Lebih lagi cantekk!


5.Buat mesyuarat penaja dan sertakan salinan Ajk terkini,minit mesyuarat dan borang roy 2 salinan setiap perkara (rujuk portal roy ttg syarat terperinci hantar borang)


6.Hantar borang lengkap di pej.belia dan sukan daerah berdekatan untuk semakan.


7.Untungnya jika daftar dibawah roy kerana kbs.malaysia akan beri bantuan program RM3,000.00 shj.Jgn tak buat program pulak.Jika tidak bantuan tak akan diberikan pada tahun akan datang.(rujuk pej belia daerah apa program yg sesuai dibuat).

Mudah bukan.Jadi apa tunggu lagi daftar je.Tak paham rujuk peg belia atau pej belia berdekatan.



Gambar : Menyampaikan cenderahati kepada En.Sa'don Suraji (dulu timb pendaftar)skrg dah Pendaftar Pertubuhan Roy Kbs.Malaysia.(p/s: Bos! Balik Johor la best leh gi seberang.Heh Heh.Yg kat sebelah baju biru tu Timb Pengarah Belia Jab Belia Johor,En Radin Ismail (baru je baik emosi dia).Amacam pandai tak saya bodek bos-bos saya.Ha ha ha!(10 x gelak lagi afdal).

Gambar : Sebanyak 13 persatuan dapat didaftarkan pada 21 Dis 2008 yg lalu bagi daerah Pontian (tengoklah peg belia saper -rajin dan macho) ahak ahak puji diri sendiri.Just a joke laa.Antara wakil persatuan yg telah lengkap hantar borang pd Pendaftar Pertubuhan.Caya la bro.Dpt Rm3,000.00 nanti jgn jgn belanja saya,buat je program.He he just a joke laa.

Ok la saudara-saudari.Sampai ketemu lagi dan permirsa beza bicara terapi minda.Oi ayang da sakit sangat ke perut.(sewaktu nukilan ini ditulis baby dlm perut menendang-nendang perut wife saya agak kuat).Agaknya minggu ni bersalin kot.Nak bagi nama apa yea kalau lelaki? Kalau perempuan? Ntah...ada cadangan?


Baca keseluruhan artikel...

CD Pegawai Belia

KELUARGA BAHAGIAKU

Assalamualaikum w.b.t.Fuh,penat betul jadi panel hakim Anugerah Desa Cemerlang Parlimen Pontian.Besok 2 buah kampung lagi dalam parlimen Pontian akan dinilai kerana saya diamanahkan mengadili dari aspek kepimpinan.Dapat la hari ni,cilok masa tulis blog dan topik pada hari ini ialah tentang keluarga saya.Maklumlah saje je,nak bagi zool liga kampung baca biar copek sikit dia bernikah.tak gitu bro?He he...

Gambar : dari kiri saya,anak sulung saya Siti Nur Awadah dan isteriku tercinta Siti Nurhana (sedang mengandung anak ke-2 tu) due date bulan Jan 2009.Alhamdulillah...




Jadi kepada anda di luar sana yang masih terkesima dengan keindahan dunia tanpa arah tujuan khusus pada para belia fikir-fikirkan sampai bila kita hendak hanyut dalam dunia ciptaan sendiri.Pasti saya mendoakan keinsafan semoga Allah memberi hidayah dan taufik untuk kita menjadi manusia sesuai dengan tuntutan fitrah iaitu memiliki keluarga dan waris yang dapat mendoakan kesejahteraan kita di alam baqa.Kepada belia-belia yang sedang hangat bercinta,ingatlah batas-batas pergaulan.Cukup duit,bertunang jangan lelama,nikah je terus.Banyak pahala kalau berkahwin ni.Antaranya amalan kita diangkat 70 ganda tuan-tuan dan puan-puan dirahmati Allah sekalian.Sampai di sini coretan dan perkongsian pengalaman saya saudara-saudari sekalian.Minggu depan seminggu saya tiada di Malaysia kerana terlibat dengan program lawatan rasmi bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah Belia ke Institut Pertanian Bogor dan pertukaran budaya.Semoga ketemu lagi dan permirsa luahan rasa beza bicara terapi minda.


Baca keseluruhan artikel...

Blogger Templates by Blog Forum